Thursday, June 7, 2007

Kembara Sastera di MacRitchie.



7 Jun 2007

Kami tiba di Pusat Pertukaan Bas Bukit Batok sebelum menaiki bus no. 852 untuk ke MacRitchie.

Setelah tiba ke MacRitchie, kami pergi ke "HSBC Treetop Walk". Dalam 40 minit kemudian, kami ke perhentian pertama untuk membuat aktiviti kami.
Kami pun memulakan perjalanan kami lagi. Kali ini, ke "Jelutong Tower". Permandangan dari situ amat cantik.
Aktiviti-aktiviti yang telah kami buat, semuanya menarik dan saya mempelajari banyak tentang membuat puisi dan sebagainya.
Setelah ke "Jelutong Tower", kami sambung perjalanan kami. Kami berhenti di tempat yang berdekatan dengan sungai. Saya gemar dengan tempatnya kerana ianya tenang. Di perhentian itu, kami membuat sajak dengan menggunakan 5 barang yang kami mencari sambil berjalan.
Ini adalah sajak ciptaan saya dan Fathin. =)
Bunga pokok bakar
merah jambu warnamu
menambahkan warna
ke dalam hidupku
berlapis-lapisan kelopak
ibarat sahabat yang
erat untuk selamanya
Seterusnya, kami berkongsi sajak bersama. Saya dan kawan-kawan berasa amat letih apabila kembara sastera di MacRitchie sudah akhir.
Kami menaiki bas ke 'Bukit Batok Central'. Kemudian, Cikgu Muslim berbelanja kami makan di 'Pizza Hut'.
Ribuan terima kasih buat Cikgu Muslim kerana berbelanja kami ya!
(Bila lagi mahu belanja? hehehe.)
Kelkatu .
Seekor kelkatu yang tiba-tiba bertanya
mengapa begini aku tipis kepakku
menuju lampu-lampu untuk
nanti menghadapi sebuah nasib yang tak pasti.
Seekor kelkatu yang tiba-tiba bertanya
mengapa begini aku tertipu oleh cahaya
menerbangi ruang tak terduga
hanya untuk secebis keriaan yang tidak seberapa.